Sejarah

Sejarah

Pengambilan pelajar kali pertama ialah pada 20 Jun 1993. Ketika itu, jumlah pelajar tingkatan 1 ialah 129 orang yang merangkumi 4 buah kelas. Manakala pengambilan pelajar tingkatan 4 bermula pada 4 Julai 1993 iaitu seramai 167 orang yang merangkumi 6 buah kelas. Aliran pengajian yang ditawarkan bagi menengah atas ialah aliran Sains dan Sastera Ikhtisas. Manakala kelas tingkatan 6 hanya ditawarkan sehingga tahun 1998 sahaja. Ini berikutan pihak JAPIN mahu memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengambil aliran Teknikal. Perubahan daripada dua aliran kepada tiga aliran dikhususkan bagi tingkatan 4 dan 5 iaitu aliran Pengajian Islam dan Sains Tulen, Sains, Pend. Islam dan Teknikal dan Sastera Ikhtisas.
Sejarah Sejarah Reviewed by Unknown on July 11, 2017 Rating: 5

No comments