Aluan Pengetua








Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam 1Malaysia, 
Salam Perak Excellent

Alhamdulillah, Segala Puji hanya untuk Allah sekelian Alam.Selawat dan Salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W seterusnya para sahabat, para tabien,tabi’ tabien.
Terlebih dahulu saya melahirkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya, blog sekolah dapat dilahirkankan dengan jaya. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak terutamanya Ahli jawatankuasa ICT yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh menghasilkan blog yang terbaik..Saya amat berbangga dengan komitmen guru-guru dan pelajar yang telah menyumbang tenaga,idea dan fikiran dan kesungguhan melaksanakan amanah dan
tanggungjawab sehingga terhasilnya blog ini

Segala peristiwa, kejayaan kecemerlangan sekolah dirakam dan dimuatkan dalam blog untuk dijadikan tatapan dan bacaan serta boleh dijadikan motivasi dan paduan warga sekolah terus berusaha mempertingkatan kecemerlangan ditahun-tahun akan datang.Di samping itu penerbitan blog ini dengan memenuhi hararat PIPP. melalui enam aspirasi murid iaitu melahirkan murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir berkemahiran memimpin,kemahiran dwibahasa ,beretika dan kerohanian serta indentiti nasional dapat 
direalisasikan.Justeru itu, saya juga penuh yakin dan optimis bahawa penerbitan majalah ini memenuhi hasrat sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang,berpengetahuan, 
dan berakhlak mulia. Mudah-mudahan usaha dan amal murni ini mendapat ganjaran dariapada Allah taala didunia dan di akhirat. 


Sekian, terima kasih.
Aluan Pengetua Aluan Pengetua Reviewed by Unknown on August 28, 2017 Rating: 5

No comments